Mengikut info yang NiSS bace dalam portal KKM.
- Gigi bongsu tu ape ek??Tak penah dengar pasal gigi bongsu??k jom kite tgk sikit ....
Gigi bongsu bermaksud gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
- Gigi bongsu yg tersepit @ terhimpit ni juge boleh menyebabkan perkara-perkara ini terjadi
- Jangkitan ( mungkin akan menyebabkan virus-virus yg x diundang..
- penyakit gusi (gusi bengkak macam yang NISS tengah rase sekarang ni..)
- nafas berbau ( mmg bau..kene la cover ngan listerine @gula-gula yg berbau segar..;p)
- kerosakan gigi (karies) pada gigi sebelah..( abis lah gigi NISS..xmo pakai gigi palsu ;p)
- kesukaran membuka mulut ( nak nganga mmg sakit..Siyes..xtipu beb)
- Kene jumpe doktor ke???YA..mmg kene bila tanda-tanda ini dah di rasai jumpe lah doktor dengan SEGERA!!
-Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
-Kebengkakan muka
-Kesukaran untuk menelan
-Kesukaran membuka mulut
-Demam
* semua tanda ni telah menyerang NISS .NISS cube bertahan sebab takut nak jumpe doktor..nanti die operate woooooo....;p. JANGAN TIRU AKSI INI...
Tapi anda boleh mengambil langkah ini untuk mengurangkan kesakitan..tapi petua ni hanya untuk SEMENTARA waktu sahaja.
- Makan ubat penahan sakit.
- Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
- Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
- Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rupe-rupenye NISS tak bace abis..huhuhuh..xsemua kene operate ..sesetengah kes je kene operate.Kalau jumpe doktor..antara tindakan yang doktor akan buat ialah:-
- Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
- Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
- (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
- gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.
owh..xla ngeri sangat here i come DENTIST..