tabung bella

Monday, November 25, 2013

Tips pengurusan akhirat.



Salam, dua minggu lepas mase niss mase otw balik kampung macam biase la niss akan dengar radio faberet niss .Tetibe kuar topik pasal pengurusan akhirat  oleh ustaz muhammad.Niss rase tertarik untuk share tips ni dengan semua sebagai panduan pada niss dan juga kengkawan semua.Ade tujuh tips semuanya .

كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت
Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati..

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."[Al-Ankabut ayat 57]

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, Kami akan menguji kamu dengan kebaikkan dan keburukan, dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan." [Al-Anbiya' ayat 35]


 Tips pengurusan akhirat -oleh ustaz muhammad
---------------------------------------------------------------
  •        Sempurnakan  rukun  iman.
  •       Sempurnakan rukun islam
  •        Selalu bertaubat
  •        Tinggalkan benda yang haram
  •        Khusyuk dalam solat
  •        Tulis semua hutang (supaya keluarga yang hidup dapat langsaikan hutang kita)"Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni melainkan hutangnya" - Riwayat muslim
  •         Membuat amalan yang berpanjangan pahalanya cth:sedekah,anak yang soleh dan ilmu yang     bermanfaat) 

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

  •  Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
  •  Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
  •  Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
  •  Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  •  Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 



Niss harap perkongsian ni dapat memberi manfaat pada semua.Semoga kite semua sentiasa di berkati olehNYA. AMIN.

Wednesday, November 13, 2013

Cara nak disable dan enable touchpad laptop Hp


Hari ni kene bertugas jaga booth kat concorde hotel Shah Alam sempena National public health conference.Hari ni hari kedua sebenarnya..1st day ok je.Hari ni penutup.So tugas niss setup pc untuk dapatkan internet connection.Internet sangat behave sepanjang conference ni berlangsung.

Sebab pagi tadi kelam kabut,niss tak jumpa laptop dan decide nak pakai laptop sendiri yang mane niss tau laptop ni xleh guna touch pad.Niss guna mouse je selama ni.So niss bawak laptop dengan harapan ada mouse dalam bag laptop lagi satu.Memang ada mouse tapi malangnye mouse tu  tak berfungsi..wat de hek..

Macam-macam niss wat tapi still tak leh function.So tak guna la laptop tu samapai ke sudah.Balik dari confernce niss google kat opis.So if guna Hp boleh guna cara ni..Terase sangat la kampung nya sebab itu pon xtau..;p..Niss tak pasti cara ni berkesan atau tak dengan laptop jenama lain.

thanks uncle google


Tuesday, November 12, 2013

Eksperimen bercucuk tanam dalam pasu di rumah apartment



Sejak dua menjak ni minat niss bercucuk tanam sgt la mendalam..ekceli dari kecik minat ni mmg dah ada.Baru skang ada mase nak implement kat umah sendiri..huhuhu..Walaupun dok kat umah bertingkek-tingkek..
Lebih kurang macam ni la niss tanam..;p

Kawasan balkoni dah lapang sebab dah bawak cage masuk dalam n no more furry kids main kat balkoni..Eksperimen pon bermula..dengan excited gi nursery beli tanah.mule-mule nak tanam kat dalam bekas plastik @box gabus putih tu je tapi mase balik umah mak nampak pasu-pasu kosong kecil  bergelimpangan so ape lagi mintak kat mak.mak bagi..dah save bajet..ye ni mmg projek bajet niss..

So dekat nursery beli tanah campur  2 bungkus and benih sayur
                                           Tanah campur = rm2.50 x 2 = rm 5.00
                                           Benih sayur      =rm 1.00 x 2 = rm 2.00
                                           Pasu                  =  FOC
                                       -------------------------------------------------------
                                           Total                 = rm 7.00

Sebab nursery tu ade 2 jenis sayur je.So beli 2 je .Padahal nak beli banyak lagi.Niss beli Bayam dan kankung.Hari ni baru hari ke-3 since the experiment ..kita tunggu hasilnya..untuk 1st experimen ni niss guna 2 pasu je dulu.


Okay kite tunggu hasilnya bulan depan..


Thursday, November 7, 2013

syawal

Macam masih awal je nak bercerita pasal syawal..muharram baru je menjengah..kite cite pasal syawal ni thn depan je la..skang ni niss nak cite pasal syawal abg pada my little bella..macm niss cerita sebelum ni.bella ade 5 beradik..ni salah sekor adik beradik die.

Syawal ni sbenanye kwn incik bee yang adopt.Oleh sebab die nak bercuti panjang so die mtk niss tlg jaga syawal.So secara otomatik nye die adalah anak angkat niss..hahaha..

Masa baru sampai kelihatan syawal sgt la sopan tapi bila die da selesa.kuar semua perangai yg terselindung selama ni..dasar anak jantan hyperactive sungguh..

syawal almost 3 month tapi die still minum susu and xmo mimum air kosong..after 3 days niss bg susu pagi je n bancuh sikit.niss tgk die minum gak air kosong tu..so now die dah boleh minum air kosong..senang la tuan die nanti.

Syawal di hantar full set dengan cage,bekas makan,susu,makanan and cat litter..tapi yg peliknye..ayah die hantar cat litter lagi banyak dari food die..niss rase macam xsempat sampai isnin depan je.Kalo.xcukup kene la pakai bella nye food..

bella n syawal walopon adik beradik.adalah xngam okay..sebagai gegurl bella berlembut je ngan syawal bile sesekali syawal jerkah2x bella..tapi pada niss syawal lebih pada provoke bella untuk ajak main sesame.
untuk 2 minggu ni bella akan lebih riang ria dgn adenye syawal sebagai teman bermain..Main je tau. .jgn lebih2x..ummi babab nanti..;p